Kitab2 hikam ada beberapa. Istilah dan penggunaan perkataan dlamnya mempunyai pengertian yg berbeza. Jadi guru yg mengajar, perlu betul2 faham dan pernah berguru dgn guru yg mahir pula.
Contoh: perkataan tajalla/ tajalli (penzahiran) - comtohnya satu sifat yg dimiliki oleh seseorg (pemurah) yg tak nampak, tetapi akan zahir bila ia berlaku/dilakukannya.
Maka bila beranggapan tajalli sifat Allah itu terhadap diri seorang hamba-hamba itu pula menyatakan yg ia adalah dtg dari diri sendiri, maka disitulah dosanya. Dia menolak apa yg Allah nyatakan/kurniakan padanya dan berlaku sombong pula mengaku usaha tangan sendiri (mengaku dgn yakin, bukan sekadar lisan).
Contoh lain ialah dlm perang Badar-ayat dlm Quran yg menyatakan Allah lah yg melempar/ memanah kafir sewaktu para muslimin memerangi. Zahirnya, muslimin yg berperang/ menggerakkan tetapi hakikatnya Allah lah yg menggerakkan perbuatan2 mereka.
Dlm memandang kejadian, elak hanya memandang pada zahir sahaja (muktazilah) atau hanya memandang batin sahaja (jabbariah) maka menjadilah pemahaman itu salah.
Beriman pada takdir baik dan buruk juga salah satu ujian dlm kehidupan dan juga tajalla sifat Allah terhadap makhluknya. ALLAH menyusun kehidupan manusia sesuai dgn kemampuan diri insan itu. Nafsulah yg memberontak pada ketentuan Allah. Walhal, Allah tidak pernah silap.
Allah sentiasa tajalla (penzahiran sifat Allah) ada satu2 rahsia pada ketentuan itu. Maka sentiasalah berserah diri pada Allah, bukan mencari sebab2 mengapa ia terjadi-bila rahsia itu dijumpa maka insyaAllah keutuhan iman akan bertambah, bersyukurlah.
Janganlah menggantungkan harapan kepada makhluk, tetapi gantungkanlah setiap harapan kepada Allah. Jgn berharap supaya org berubah dgn kerajinan atau kesedaran dirinya tetapi gantungkanlah pada Allah untuk memberinya hidayah supaya dia berubah. Tetapi disamping itu hendaklah berusaha dgn mentarbiyah (mendidik) org itu ke arah kebenaran.
No comments:
Post a Comment