Tuesday, December 12, 2017

Kisah nabi Adam.

Dlm surah al a'raf 19-23:
" "
Dlm riwayat2 mengenai nabi Adam, ada riwayat israeliyat- sebagaiborg islam kita tak ambil/ dan tak tolak mentah2, cuma jgn jadikan dalil/ berpegang dgnnya.

Dlm ayat trsebut, Allah perintahkan adam dan hawa tinggal dlm syurga dan menikmati. Tapi jgn hampir/ makan pohon khuldi. Tapi syaitan berjaya tipu adam dan hawa dgn bersumpah dgn nama Allah yg mengatakan dia (iblis) bercakap benar. Kemudian aurat kedua2 adam dan hawa terbuka, mwreka segera menutupnya dgn dedaun dari syurga.

Dlm kitab taurat dan old testament yg dah diselewengkan, cerita ini diperincikan oleh pendeta2 mereka-hingga menimbulkan persoalan2 yg boleh menipiskan iman juga menimbulkan syak terhadap para nabi etc.

Dlm ayat diatas-terdapat ciri org beriman ialah menutup perkara2 yg berkaitan aurat dari public. Dlm quran juga tidak menuding salah seorg dari mereka sebagai pesalah dan mereka juga tidak menjadikan syaitan sebagai penyebab perkara munkar-tetapi mereka berdua bertangungjawab sepenuhnya terhadap salah..mereka berdua menzalimi diri sendiri. Allah mengajarkan cara2 untuk bertaubat-mereka melakukan dan Allah ampunkan.

Bandingan maksiat iblis dan nabi Adam, iblislah yg pertama dlm hal ini, semasa Allah suruh semua sujud pada Adam. Iblis sombong dan degil, satu maksiat berbenihkan dendam. Kemudian barulah maksiat Adam sebab mkn buah larangan. Maksiatnya adalah lupa dan alpa. Tapi maksiat ini tidak meluputkan sifat2 kenabian. Iblis berterusan melakukan kesalahan dgn rela hati tapi salah manusia beriman akan trsedar, berhenti serta bertaubat.

No comments: