Monday, September 25, 2017

Tafsir ali imran:7

Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) - adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama, berkata:" Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami" Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran. (Ali imran:7)

Muhkam = ayat2 yg jelas dan tiada maksud yg lain selain boleh diambil bulat2 pengertiannya (literally).
Mutasyabihat = ayat2 yg samar maksudnya, hanya Allah yg tahu sebnarnya, atau Allah beritahu melalui nabinya untuk peneranganNya. Tafsiran adalah tidak maksum tetapi ayat2 al-quran adalah yg paling benar.

Ujudnya fitnah dari mutasyabihat - kumpulan batiniah yg mentakwil kebanyakan ayat hinggakan ayat2 muhkamat juga ditakwilnya. Ada kumpulan lain yg zahiriah, tidak langsung mentakwil ayat mutasyabihah hinggakan mereka berpegang buta-hinga wujud pertembungan sifat2 Allah.

Maka berpeganglah pada teknik yg Allah utarakan bila berdepan dgn jenis ayat2 ini iaitu dgn mendekatkan diri dgn org2 berilmu yg benar.

No comments: