Saturday, December 31, 2016

Keimanan mengikuti Rasulullah

Kitab antara rujukan mengenai nabi : Syamail Muhammadiah, ulama hadith mazhab maliki (kadhi Iyyadh): kitab AsSyifa'.

Nabi merupakan penawar/ ubat bagi penyakit2 manusia. Ikutilah nabi, cintailah, melakukan saranannya , memuliakannya. Tidak beriman dgn keimanan yg sempurna jika kita tidak mencintai nabi lebih dari yg lain2.

Allah pasti membawa ketentuanNya jika ada bende2/ perkara2 yg lebih disukai oleh seseorg berbanding Allah, RasulNya atau berjihad dlm jln Allah. Allah mengaitkan perkara2 itu dgn org2 fasik.

Ganjaran menyayangi nabi (walau seorg hamba mmg tak patut nak claim-tapi Yg Maha Pemurah kasi): Syafaat dari nabi-"kamu akan bersama dgn org yg kamu sayangi". Maka sayangilah Rasulullah.

Abu bakar lebih menyukai abu talib peluk islam berbanding ayahnya sendiri, sebab pilihan itu pasti membuatkan nabi gembira. Zaid bin dathinah diseksa kerana beliau islam disuruh tukar ugama semula. Tapi zaid kata demi Allah, aku tak redha sekalipon jika Rasullulah kene duri di rumahnya dan pada waktu itu aku bersama dgn keluarga ku".

No comments: