Monday, February 15, 2016

Keluarga al-imran

Org yahudi kate nabi isa anak zina. Nasrani pula angkat nabi isa jadi anak allah. Ini dikemukakan dlm awal ayat hingga ayat 80.

Dlm ayat 33 -
Nama2 keluarga nabi yg dipilih Allah serangkum dgn nama keluarga Imran. Menunjukkan istimewanya keluarga imran ini-walau bukan berpangkat nabi. Ikut turutannya Adam - Nuh - Ibrahim. Semuanya mempunyai persamaan iaitu permulaan seruan kearah mengtauhidkan Allah pada manusia - dlm masa org2 semuanya mensyirikkan Allah (kecuali nabi Adam - tiada manusia lain kecuali anak2nya).

Keluarga Imran - melahirkan ibu kepada nabi Isa iaitu Maryam. Ibu Maryam pada mulanya menazarkan zuriatnya untuk jadi anak yg soleh yg akan dijadikan pengkhidmat di baitul maqdis. Tapi Allah takdirkan dpat anak pompuan.
     Dlm ayat seblumnya pengajaran pada ibu2 yg nak anak2 yg baik ialah dgn banyakkan zikir dan doa seblum zuriat dilahirkan lagi. Bukan lepas keluar baru nak mula ngajar jadi baik. Berdoa mesti teruskan dan jika tak dpat mesti sangka baik pada apa yg Allah berikan.
     Isteri Imran berdoa minta zuriatnya dilindungi sari syaitan
(َإِنِّي أُعِيذُهَا بِكَ وَذُرِّيَّتَهَا مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيم) - untuk zuriat pompuan, kalau lelaki tukarkan ha kepada hu.
      Dlm ayat ini juga - pengajaran supaya menjaga hak2 Allah, nescaya Allah akan mengurniakan padanya rezqi tanpa hisab. Yakinlah pada Allah. Nilaikanlah rezqi dgn lebih luas, dgn taqwa-bukan pada angka-angka sahaja.

No comments: