Hukum sambut maulidur rasul ada yg mengatakan makruh kerana ia dikategorikan bid'ah. Nabi tak pernah mengadakan sesuatu hari tertentu, bahkan satu hari perayaan untuk sambut harijadinya. Ia juga tidak menepati kerana tiada tarikh tertentu dlm sirah yg mengatakan secara jelas bila nabi dilahirkan (harinya)..yg diketahui secara pasti adalah dlm tahun gajah. Tarikh itu sendiri banyak percanggahan pendapatnya.
Ada yg menghukumnya harus kerana ia mendekatkan kita untuk mencintai nabi dan mengingati perjuangannya..lebih2 lagi pada zaman sekarg ini dimana anak2 umat banyak yg cetek ilmu dlm sirah, konsep dan matlamat perjuangan nabi serta keperibadian rasulullah.
Sesungguhnya maulid ini jika dilakukan dgn cara yg betul dapat melahirkan kesedaran dlm diri seorg islam untuk lebih menyedari kepentingan menambah ilmu mengenai rasulullah dan mencontohi akhlaknya.
Janganlah hendaknya dgn hanya bersebabkan ucapan2 berkepentingan politik, perarakan yg membazir tenaga dan waktu, persiapan2 yg menelan belanja yg tidak perlu hinggakan sambutan ini jatuh dlm kategori sia2 dan membazir.
Ustaz ini mengatakan sewaktu dia blajar di al-azhar, gurunya memberi nasihat "Jgnlah dlm membicarakan sesuatu hadith dan ayat2 Allah, kita menujukan dlm fikiran kita ia adalah untuk seseorg Muslim yg tertentu." (aku kurang paham dgn statement ini-kene cari penerangan yg lanjut)..
(Ada juga ustaz ini menyatakan cara nak mimpi jumpe rasulullah dgn membaca surah al-muzammil 41 kali. Perkara mimpi ini ada ustaz lain sangkal sebab zaman sekarang nie mmg takde org pernah tengok nabi,jadi kalau yg dtg dlm mimpi tu mmg takde org bleh verify itu adalah rasulullah.gambaran physical rasulullah dlm sirah pon kita tak boleh produce secara tepat, ia mungkin syaitan-yg mana kata2nya boleh menimbulkan fitnah pada yg mimpi dan yg dengar cerita pasal mimpi ini.satu lagi, rasulullah telah wafat, syariat telah diturunkan secara lengkap-rasulullah tak perlu dijelmakan Allah untuk menyampaikan sesuatu additional yg lain dan tiada kepentingan untuk communicate dgn penduduk dunia sekarang..lebih2 lagi kalau betul rasulullah nak menjelma, pastinya saidatina aisyah lagi utama untuk berjumpa dgn beliau->tapi tiada kisah mengenainya).
No comments:
Post a Comment