Sunday, August 9, 2015

Adab sesama jiran.

Masalah berjiran walau selalu berjaga2, tetapi masalah itu pasti ada juga yg timbul. Dlm buku Manhaj Muslim ada diterangkan mengenai adab dgn jiran. Dlm Quran dinyatakan:
Surah AnNisa "berbuat baik dgn ibubapa, dgn kaum kerabat, dgn anak yatim, dgn org2 yg miskin, dan jiran yg dekat dgn kita dan jiran yg jauh."

Hadith:"Jibril berpesan supaya sentiasa berbuat baik pada jiran. Sehingga aku (nabi saw) rasa Jibril mahu membuat hukum yg jiran boleh mewarisi harta".

Cara kita berinteraksi dgn jiran, menggambarkan taraf keimanan kita. "Siapa yg beriman pada Allah dan hari akhirat, dia mesti memuliakan jiran".

Org yg percaya akhirat, dia tahu yg kesudahan setiap perkara ialah di akhirat.

"Siapa yg beriman pada Allah dan hari akhirat. Jgn kita menyakiti jiran kita."

Jadi ade 2 pendekatan, kite muliakan atau kite jgn buat die sakit hati. Kedua-duanya OK. Jadi adab dgn jiran adalah satu perkara yg besar. Ia disebut dlm Quran dan hadith.Maka ia adalah satu perkara yg penting. Jika rujuk hadith, ia berkaitan dgn isu keimanan seseorang.

**amal yg paling cepat dpat pahala = bersedekah**

No comments: