Sunday, March 23, 2014

Ringkasan ceramah qada&qadar

Ringkasan ceramah "beriman dgn qada' dan qadar'

Ustaz itu mengatakan ramai org terperangkap dan tersalah erti bila berbicara/memikirkan tentang perkara ini. Banyak juga mazhab sesat yang lahir dari perbicaraan ini.

2 mazhab sesat yang utama:
1)Allah maha pencipta,telah menciptakan manusia dan kemudiannya memberi manusia untuk bebas membuat apa sahaja. mengambil dalil dari Al-Quran yg maksudnya "tiada kerosakan yg terjadi di darat/lautan melainkan kerana tangan-tangan manusia". Tiada pengaruh/aturan dari Allah selepas manusia itu diciptakan.

2)Allah mencipta manusia dan mengatur segalanya untuk manusia itu.sememangnya benar tetapi, terperangkap dgn "rezeki secupak takkan menjadi segantang".Pendapat ini dijadikan alasan untuk tidak membuat apa-apa tindakan untuk memperbaiki diri.

Pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah pula terletak ditengah-tengah. Allah mencipta dan segalanya teratur dalam ketentuanNya.Ditunjukkan 2 jalan untuk manusia memilih (yg juga sudah Allah ketahui pilihannya). Jalan yg benar dan jalan yg salah. Manusia akan dipertanggung jawabkan atas pilihannya di akhirat kelak. Dia diletakkan dibumi berserta dgn hukum dan lumrah alam yg merangkuminya iaitu "asbab" (sebab-sebab terjadinya sesuatu). Dengan adanya asbab ini, manusia hendaklah berikhtiar untuk sesuatu maksud.

Jadi pegangan inilah yg benar dan menepati kehendak untuk beriman dengan qada dan qadar Allah... "ikatlah dulu binatang tunggangan mu itu,kemudian bertawakkal". Dengan erti kata lain, "bergantunglah pada Allah dalam berusaha untuk mencapai segalanya, bukan hanya berserah bulat-bulat untuk Allah menyediakannya untuk kita".

No comments: